MESYUARAT AJK PIBG KALI KE 5

Posted by skbjalil | | Posted on 8:58 PTG

Pada hari Sabtu 12 Sept 2009, satu mesyuarat AJK PIBG diadakan. Biasalah, kalau dah mesyuarat PIBG diadakan, banyaklah perkara yang dibincangkan. Bagus juga begini, banyak masalah yang melibatkan ibu bapa dan guru serta pengurusan sekolah dapat dibincangkan secara baik dan jalan penyelesaian difikir dan dibentangkan.


Secara umumnya, aktiviti sekolahlah yang menjadi agenda utama dalam mesyuarat. Bila ada aktiviti mesti perkara kewangan menjadi fokus perbincangan. Tahun ini ibu bapa 'kurang' semangat untuk membayar sumbangan PIBG kepada sekolah. Bayangkanlah.... kalau sumbangan kurang, bagaimana aktiviti sekolah dapat berjalan dengan lancar. Walhal sumbangan ini penting bagi kelancaran aktiviti murid-murid di sekolah ini. Siapa murid-murid ini? Anak-anak tuan puan lah...


Hasil perbincangan AJK PIBG, pada 21 November 2009 ini akan diadakan satu gotong-royong untuk membersihkan kelas dan kawasan sekolah. Kerjasama ibu bapa amat-amat digalakkan. Tujuan gotong royong ini adalah untuk mencuci kelas, membersihkan perabot yang ada di dalam kelas. Bayangkan kelas ini dah 8 tahun tidak dicuci, hanya dilap-lap sahaja. Mungkin itulah sebabnya kenapa murid-murid ini bila balik comot jer rupa mereka. Tangan dan baju kotor. Jadi dengan gotong-royong ini, kelas akan menjadi bersih dan murid-murid dapat belajar dalam suasana bersih dan selesa. Selain itu, kawasan persekitaran sekolah juga akan dibersihkan, dicantikkan dan dikemaskan.


Selain menyumbang tenaga untuk gotong royong ini, ibu bapa juga digalakkan untuk menyumbang peralatan untuk membersihkan kelas, tandas, longkang dan taman. Alat-alat yang diperlukan seperti sabun pencuci, penyapu, baldi, berus, kain lap dan sebagainya lagi. Semoga ibu bapa semua akan memberi kerjasama untuk menjayakan program gotong-royong ini. Untuk siapa? Untuk anak-anak kita juga kan...


Berita baik untuk murid-murid dan ibu bapa... Murid yang cemerlang dalam akedemik dan kokurikulum akan diberi saguhati daripada PIBG SKBJ. Murid-murid akan mendapat saguhati:


5A UPSR RM50.00 seorang


Wakil peringkat kebangsaan RM500.00


Wakil peringkat negeri RM200.00

Walaubagaimanapun nilai saguhati ini adalah bergantung pada kewangan yang PIBG ada.

Semoga dengan pemberian saguhati ini, murid-murid SKBJ akan lebih cemerlang dari segi kurikulum dan kokurikulum.


Comments (0)