PEMBERITAHUAN CUTI SEMPENA DEEPAVALI DAN PEPERIKSAAN PKSR 2 TAHUN 2009

Posted by skbjalil | | Posted on 4:20 PTG

Adalah dimaklumkan bahawa Perayaan Deepavali akan disambutoleh masyarakat India pada hari Sabtu, 17 Oktober 2009.

Sukacita dimaklumkan Sekolah Bukit Jalil akan bercuti pada 16 Oktober (Jumaat) hingga 19 Oktober 2009 (Isnin) dan sekolah akan dibuka semula pada 20 Oktober 2009 (Selasa).

Sehubungan itu, sekolah akan digantikan pada 24 Oktober 2009 (Sabtu). Semua murid Islam Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) dan Tahun 4 sahaja wajib hadir untuk menjayakan Program Kem Bestari Solat.

Ujian Selaras PKSR 2 akan diadakan pada 26 Oktober 2009, Isnin sehinga 30 Oktober 2009 (Jumaat).

Jadual Peperiksaan telah diedarkan kepada semua murid.

Untuk pengetahuan semua, peperiksaan bagi mata pelajaran Bahasa Arab dan Jawi (Tahun 1, 2, dan 3) akan diadakan pada 14 Oktober 2009 (Rabu)

Pihak sekolah mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada semua murid dan warga SKBJ yang beragama Hindu dan selamat mengulangkaji pelajaran untuk persediaan menduduki ujian PKSR 2.

Comments (0)