MAJLIS DIALOG PIBG

Posted by skbjalil | | Posted on 7:05 PTG


Pada 8 Ogos PIBG SKBJ menganjurkan Majlis Dialog untuk ibu bapa dan guru-guru berbincang bagi menjana lagi kecemerlangan SKBJ. Turut hadir bersama ialah Ketua Unit Sekolah Rendah JPWP, Encik Tajuddin bin Talib. Nampaknya majlis ini kurang mendapat sambutan daripada ibu bapa kerana kehadiran mereka kurang sekali walaupun surat jemputan telah diberi kepada anak masing-masing untuk disampaikan kepada ibu bapa.

Apa yang dikesalkan, sepatutnya ibu bapa menggunakan saluran sebegini untuk berbincang dengan pihak sekolah tentang sebarang masalah yang timbul berkaitan sekolah, bukannya bersuara di luar pagar sekolah sahaja.

Pada majlis ini juga diadakan Majlis Penyerahan 20 buah komputer sumbangan PIBG SKBJ kepada pihak sekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa murid SKBJ.

Comments (0)