UJIAN SARINGAN UKM2 - PERMATAPINTAR

Posted by skbjalil | | Posted on 6:02 PTG








Pada 18 Ogos 2009, Makmal Komputer SK Bukit Jalil menjadi pusat ujian saringan UKM2-PERMATApintar. Seramai 36 orang murid dari 11 buah sekolah rendah dan menengah dari Zon Pendidikan Bangsar telah hadir ke SK Bukit Jalil untuk menduduki ujian ini. Seramai 10 orang murid SK Bukit Jalil telah berjaya dalam ujian saringan1 menduduki ujian2 ini.

Ujian ini yang bermula dari jam 9.00 pagi telah berlangsung sehingga jam 5.30 petang, dan seramai 14 orang murid tidak dapat menduduki ujian ini pada hari tersebut. Mereka diminta oleh pihak JPWP untuk menduduki ujian ini pada 19 Ogos 2009 di SMK Taman Connaught. Masalah ini timbul kerana talian ineternet di sekolah ini yang agak perlahan. Tidak seperti sekolah-sekolah lain yang kebanyakkannya menggunakan talian streamyx, SK Bukit Jalil hanya menggunakan talian schoolnet bagi menampung penggunaan internet di sekolah ini.

Bila berlaku keadaan ini, malunya..... tak leh nak cakaplah. Kena lak ada pegawai dari JPWP.

Bayangkan bagaimana keadaan ini...... Sekolah ini mempunyai 2 buah makmal komputer dan sebuah pusat akses yang mana jumlah komputer yang sedia ada di tempat ini adalah berjumlah 50 buah. Itu belum lagi kira penggunaan wireless oleh guru-guru di bilik guru. Semuanya menggunakan talian schoolnet ini. Apa yang dibekalkan oleh pihak GITN kepada sekolah hanya 1 Mbps. Masa peristiwa di atas berlaku.... yang leh lalu hanya 200kbps (d check pd router).

Bagaimanalah situasi ini dapat menampung penggunaan yang tinggi bagi warga SK Bukit Jalil yang berjumlah seribu lebih ni.

Bagaimana PIBG? Apa komen?








Comments (0)