SESI SEKOLAH BERMULA LAGI
Posted by skbjalil | | Posted on 10:19 PTG
Sekolah hari ni dibuka semula, selepas seminggu bercuti dan ditambah sehari cuti sambutan ulangtahun kemerdekaan negara. Minggu depan 8hb, murid Tahun 6 akan menduduki UPSR pula. Semoga murid-murid Tahun 6 sudah bersedia untuk menghadapi dugaan peperiksaan besar yang pertama dalam hidup mereka. Selepas UPSR, tiga tahun lagi akan menduduki PMR. Diikuti pula dengan SPM, STPM, Diploma dan seterusnya peperiksaan-periksaan lain yang akan melabelkan kedudukan mereka dalam masyarakat pada masa akan datang. Walau apapun, didoakan semoga semua murid-murid ini akan beroleh kejayaan yang cemerlang. Amin.
Bila sekolah dah dibuka, jangan nak mengharaplah keadaan ini dapat dikekalkan. Murid-murid SKBJ ni aktif-aktif semuanya. Walaupun sekarang ni kita tengah menjalani ibadah puasa, keaktifan murid-murid tidak dapat dielakkan. Semoga murid-murid terus aktif dalam aktiviti-aktiviti yang berfaedah.
Comments (0)
Catat Ulasan